Membuat fitnah itu dipandang berat dan dilarang oleh agama Islam, sebab ia boleh menimbulkan permusuhan dan permusuhan pula boleh menimbulkan kepada perpecahan dan huru-hara. Fitnah adalah tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas dan perbuatan itu mendatangkan azab di akhirat kelak.
Ingatlah! Bahawa semua anggota tubuh badan termasuk lidah akan menjadi saksi di depan penghakiman Allah Subhanahu Wata'ala pada Hari Kiamat. Akhirnya peliharalah diri kita dari perbuatan fitnah dan menaburnya. Didiklah diri kita, keluarga kita dan masyarakat dengan saling menasihati dan tegur-menegur terhadap perbuatan yang membawa kepada dosa dan maksiat, apatah lagi membawa kepada dosa-dosa besar seperti membuat dan menabur fitnah.
Semoga dengan amalan sedemikian, kita dapat menikmati kehidupan yang aman tenteram dan sentiasa mendapat petunjuk, hidayah dan berkat dari Allah Subhanahu Wata'ala jua. Amin Ya Rabbal'alamin.
Firman Allah Subahanhu Wata'ala dalam Surah Al- Baqarah ayat 191, tafsirnya: "Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan."
Credits : http://www.scribd.com