Sunday, April 11, 2010

KIMCHI ~ KOREAN MUST HAVE FOOD

Salam pembaca ku sekalian (macam banyak orng tengok blog saya ini), kemarin saya tengok Discovery pasal Korean Healthy Food.. Saya pun tertarik dengan Kimchi atau Kim Chee. Kimchi ni sejenis makanan tradisi Korea yang dimakan pada setiap kali hidangan makan seharian orang-orang Korea. Ia adalah satu kemestian dalam setiap hidangan dan disediakan dalam pelbagai cara mengikut kawasan dan daerah di Korea. Dalam chanel Dsicovery tu, diberitahu bahawa makanan Korea adalah makanan berkhasiat tinggi dan sesuai dijadikan sebagai makanan diet bagi mereka yang mementingkan bentuk badan dan juga berat. Ia juga disediakan mengikut prosedur tertentu yang berasaskan kepada 5 elemen alam semesta.

Setiap makanan Korea juga haruslah mengandungi bahan-bahan yang pelbagai warna dan rasa yang mewakili 5 elemen alam semesta ini. Contohnya, makanan yang dipanggil bibimbap (nasi yang dicampur dengan pelbagai jenis sayuran) mengandungi pelbagai warna sayuran seperti hijau (daun bawang atau sayuran daum yang lain), merah (selalunya adalah cili besar atau cili benggala), putih (taugeh, kobis atau daging ayam), biru dan kuning (apa sahaja yang sesuai,hehe). Begitu juga dengan bulgogi (daging yang dimakan bersama salutan daun salad). Untuk menyediakan bulgogi ini, daging hendaklah digaul dan diperap dengan 5 rasa utama (dikaitkan dengan 5 elemen alam semesta) iaitu masin, masam, manis, pedas dan pahit. Dipercayai kehadiran kelima-lima jenis rasa ini akan menyeimbangkan khasiat yang terkandung dalam makanan dan baik untuk sistem dalam badan kita.

Tapi, entry ni pasal kimchi kan.... oke oke... Kimchi ni macam sayur jeruk yang kita biasa makan, tapi bahan-bahan yang digunakan untuk menjeruknya berbeza dengan bahan lazim yang kita digunakan.. Jom kita tengok resipi untuk buat kimchi yang saya curi di internet.. ahaha...

Step 1: What You Need to Make Kimchi

  • 2 pounds of Napa Cabbage sliced coarsely
  • 1 small bunch green onions, sliced
  • 1/4 cup kosher salt
  • 2 tablespoons garlic, minced
  • 2 tablespoons fresh ginger, minced
  • 2 tablespoon of fish sauce
  • 2 tablespoons ground, dried chili (Korean or Mexican varieties will work)
  • 1 teaspoon sugar
  • 6 cups of water
  • A large bowl
  • A medium bowl
  • A strainer
  • A 2-quart jar with lid

Step 2: How to Make the Kimchi

  1. In a large bowl, dissolve the salt into the water
  2. Add cabbage, and cover with a plate to push the cabbage down
  3. Soak for 10-12 hours
  4. Drain the cabbage, and reserve the saltwater it was soaking in
  5. Mix together all other ingredients in a medium bowl
  6. Add the mixture to the cabbage, and mix
  7. Stuff the cabbage mixture into your 2-quart jar
  8. Fill with reserved saltwater
  9. Cover and allow to ferment at cool room temperature for 2 to 3 days
  10. Store in refrigerator for up to 3 months
Haaa.... kena tunggu 3 bulan baru boleh makan ini kimchi, lebihh lama ia dijeruk, maka rasanya akan lebih masam... Sesiapa yang tak berapa suka makan masam tu, anda bolehlah memakannya dalam tempoh seminggu selepas ia dijerukkan.. Namun, bagi masyarakat Korea, lebih lama kimchi ini dijeruk, maka khasiatnya lebih tinggi kerana bakteria yang terhasil akan lebih banyak (bakteria yang baik untuk penghadaman oke). Sapa-sapa yang berminat nak buat kimchi ni, bolehlah mengikut resipi yang diberikan di atas ataupun, layari internet dan cari resipi anda sendiri.. hohoho.. Perut pun sudah terasa lapar, dapur sedang memanggil saya untuk masak (macam rajin). Jom masak!!!

No comments:

Post a Comment