Friday, July 4, 2014

Me n vitamins

Skrg tgh aktif bervitamin... bersuplemen.. yup, sy skrg Shaklee Independent Distributor... SID 1102040.. so, anyone yg nk bli vitamin shaklee, or any product shaklee.. bolej la hubungi sy hokeh!!

Pm. Wasap. Sms. : 0198245171
Mdm. Masferanah Marimin
FB : Masferanah Marimin
Page : AQHA HEALTHCARE
email : masfer86@gmail.com

Masih bfikir sm ada nak truskan blog ni utk bisnes atau buka blog baru.. hehe...

Wednesday, November 14, 2012

kembali...

lama x update blog ni sbb sibuk dgn urusan rasmi... sibuk dgn fb.. hehe.. hidup kini lebih baik dn tenang di samping suami dn anak tersayg.. nt dh balik kg insyaAllah akn update blog dgn gmbr dn cerita2 yg mbahagiakn khidupan ku kini... diri trpanggil untuk lebihkn amal ibadah.. skrg byk page fb yg dpt myampaikn dakwah dgn lebih bkesan...byk pringatan yg mbawa kbaikan brsama.. sgt like buka page2 islamiah n motivation.. timbul rasa muhasabah diri yg tinggi.. alhamdulillah...

Tuesday, June 8, 2010

~ Perginya Sahabatku ~


Entry ni ditujukan khas buat arwah Indra Adika Wiranata bin Mohd Taip yang telah pergi menghadap Illahi pada 2 Jun 2010.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.. al-Fatihah...


Sunday, April 11, 2010

Convocation Day ~ .~

Salam...
*
*
*
Kat bawah ni ialah gambar-gambar yang saya ambil semasa hari Convocation saya pada 18 Mac 2010 yang lalu... Alhamdulillah, saya telah tersenarai dalam Penerima Anugerah Buku Universiti kerana telah lulus dengan cemerlang dalam pengajian saya ini... Syukur kepada tuhan kerana dengan berkat dan kasihNya, saya dan keluarga dapat menghadiri majlis ini dengan selamat dan lancar.. Terima kasih juga saya ucapkan kepada keluarga makcik saya, Marina dan suaminya Hairi kerana telah menjadi tour guide kami sekeluarga selama berada di KL... Tidak dilupakan kepada chenta hati saya yang merindui saya selama saya berjauhan dengannya (apa kaitan??)...
*
*
*
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar yang berguna sepanjang pengajian saya di IPGM Kampus Keningau, Sabah... Juga kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK OUM yang banyak mengharungi suka dan duka selama 5 1/2 tahun berada di kampus.. sesungguhnya pengalaman manis dan pahit yang kita lalui bersama menguatkan lagi tali silaturrahim antara kita dan menjadikan kita satu keluarga yang bersatu... I lOVE U ALL PISMK OUM...
*
*
*
Sebenarnya gambar yang saya upload ni tak lah banyak sangat sebab gambar yang banyak dan cantik-cantik dibawa ke rumah terchenta di Keningau, Sabah.. hehe
*
*
*

Gambar ni diambil oleh bapa tersayang semasa semua graduan memasuki Dewan Merdeka PWTC mengikut susunan penerimaan ijazah..
*
*
*

Sekeping Ijazah sarjana yang bertungkus lumus saya belajar selama 5 1/2 tahun untuk mendapatkan... Hati rasa sungguh lega setelah ijazah berada di tangan sendiri, masa 5 1/2 tahun tu macam rasa berlalu begitu saja.. Kepuasan memang tak dapat nak digambarkan... HOHOHO..
*
*
*

Bersama kedua ibu dan bapa terchenta di luar bangunan PWTC.. Ada hamba Allah yang baik hati offer nak ambil gambar kitorang, hehe...
Bersama...
*
*
*
Dah, tu ja gambar yang saya nak bagi tengok... Nanti kalau saya rajin, saya upload lagi gambar-gambar konvo yang lain, tapi tu kena tunggu bulan 6 la, sebab saya balik bercuti selama 3 minggu membawa chenta hati saya berjumpa dengan keluarga... hehehehe
*
*
*
Daaa....................

KIMCHI ~ KOREAN MUST HAVE FOOD

Salam pembaca ku sekalian (macam banyak orng tengok blog saya ini), kemarin saya tengok Discovery pasal Korean Healthy Food.. Saya pun tertarik dengan Kimchi atau Kim Chee. Kimchi ni sejenis makanan tradisi Korea yang dimakan pada setiap kali hidangan makan seharian orang-orang Korea. Ia adalah satu kemestian dalam setiap hidangan dan disediakan dalam pelbagai cara mengikut kawasan dan daerah di Korea. Dalam chanel Dsicovery tu, diberitahu bahawa makanan Korea adalah makanan berkhasiat tinggi dan sesuai dijadikan sebagai makanan diet bagi mereka yang mementingkan bentuk badan dan juga berat. Ia juga disediakan mengikut prosedur tertentu yang berasaskan kepada 5 elemen alam semesta.

Setiap makanan Korea juga haruslah mengandungi bahan-bahan yang pelbagai warna dan rasa yang mewakili 5 elemen alam semesta ini. Contohnya, makanan yang dipanggil bibimbap (nasi yang dicampur dengan pelbagai jenis sayuran) mengandungi pelbagai warna sayuran seperti hijau (daun bawang atau sayuran daum yang lain), merah (selalunya adalah cili besar atau cili benggala), putih (taugeh, kobis atau daging ayam), biru dan kuning (apa sahaja yang sesuai,hehe). Begitu juga dengan bulgogi (daging yang dimakan bersama salutan daun salad). Untuk menyediakan bulgogi ini, daging hendaklah digaul dan diperap dengan 5 rasa utama (dikaitkan dengan 5 elemen alam semesta) iaitu masin, masam, manis, pedas dan pahit. Dipercayai kehadiran kelima-lima jenis rasa ini akan menyeimbangkan khasiat yang terkandung dalam makanan dan baik untuk sistem dalam badan kita.

Tapi, entry ni pasal kimchi kan.... oke oke... Kimchi ni macam sayur jeruk yang kita biasa makan, tapi bahan-bahan yang digunakan untuk menjeruknya berbeza dengan bahan lazim yang kita digunakan.. Jom kita tengok resipi untuk buat kimchi yang saya curi di internet.. ahaha...

Step 1: What You Need to Make Kimchi

  • 2 pounds of Napa Cabbage sliced coarsely
  • 1 small bunch green onions, sliced
  • 1/4 cup kosher salt
  • 2 tablespoons garlic, minced
  • 2 tablespoons fresh ginger, minced
  • 2 tablespoon of fish sauce
  • 2 tablespoons ground, dried chili (Korean or Mexican varieties will work)
  • 1 teaspoon sugar
  • 6 cups of water
  • A large bowl
  • A medium bowl
  • A strainer
  • A 2-quart jar with lid

Step 2: How to Make the Kimchi

  1. In a large bowl, dissolve the salt into the water
  2. Add cabbage, and cover with a plate to push the cabbage down
  3. Soak for 10-12 hours
  4. Drain the cabbage, and reserve the saltwater it was soaking in
  5. Mix together all other ingredients in a medium bowl
  6. Add the mixture to the cabbage, and mix
  7. Stuff the cabbage mixture into your 2-quart jar
  8. Fill with reserved saltwater
  9. Cover and allow to ferment at cool room temperature for 2 to 3 days
  10. Store in refrigerator for up to 3 months
Haaa.... kena tunggu 3 bulan baru boleh makan ini kimchi, lebihh lama ia dijeruk, maka rasanya akan lebih masam... Sesiapa yang tak berapa suka makan masam tu, anda bolehlah memakannya dalam tempoh seminggu selepas ia dijerukkan.. Namun, bagi masyarakat Korea, lebih lama kimchi ini dijeruk, maka khasiatnya lebih tinggi kerana bakteria yang terhasil akan lebih banyak (bakteria yang baik untuk penghadaman oke). Sapa-sapa yang berminat nak buat kimchi ni, bolehlah mengikut resipi yang diberikan di atas ataupun, layari internet dan cari resipi anda sendiri.. hohoho.. Perut pun sudah terasa lapar, dapur sedang memanggil saya untuk masak (macam rajin). Jom masak!!!

Thursday, April 8, 2010

SK Sungai Manong Niah


Sungguh indah suasana
Pepohonan hijau merimbun
Sekolahku kebanggan kami semua
Putera puteri tersenyum riang

Sekolahku yang ku puja
Setiap masa kami berusaha
Bersatu hati berganding tenaga
Demi mencapai cita mulia

SK Sungai Manong Niah
Namamu tetap
Kami julang
Rela bersatu hati dan tenaga
Demi menjayakan sekolah cemerlang

Sekolahku kebanggaanku
Mendidik kami setiap masa
Bersatu hati yang dicurahkan
Akan kami kenang selamanya (3x)

Wednesday, April 7, 2010

setelah sekian lama....

Salam.. Wah!! Setelah sekian lama saya tidak mengupdate ini blog....... astaghfirullah.... Kenapalah saya boleh tiada masa??? Sepatutnya orang baru posting di tempat baru ni banyaklah yang boleh diupdate... Tidak apalah, sebenarnya saya sibuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan tugas-tugas baru.. Walaupun saya sebenarnya masih bingung-bingung apa tugas saya, tapi saya selalu buat-buat tahu dan maintain cool di sekolah (WTH??).. Uiks, pandai menyumpah pula si kawan ini aa (haha,pdhal selalu dibuat pun).. oke oke, enough with the scraps and get to whatever u want to say.. Apalah, mau melalut sikit pun tidak boleh..

Setelah melapor diri pada 04 jan 2009 yang lalu (amboi, lamanya sudah...shh,shut up), saya terus dijemput oleh salah seorang staf sekolah untuk pergi ke rumah yang bakal saya diami sepanjang saya berkhidmat di sekolah nanti (insyaallah)... okay,whose the first person from school did you met?? oke......... what a question.... orang pertama yang saya jumpa mestilah orang yang jemput saya di PPD Subis, en Husin kita... sebelum sampai di sekolah, saya telah dibelanja makan dan berjumpa pula dengan tiga orang lagi hamba Allah yang telah menjadi rakan-rakan karib saya sekarang iaitu..... jeng jeng jeng.. haha...suspens ka??? hahaha... Oke oke, time tu saya jumpa dengan kak mie, bakal n my current housemate now.. also faza, tall and tough looking guy (that was my first impression okay)... and one more... ADY... who is this person ADY??? Why do this name so familiar?? Nak kata cikgu, tidak macam cikgu pun... nak kata murid, isn't he's too old to be called SR student?? Nak kata adik kepada salah seorang dari dua hamba tadi, muka jauh panggang dari api... owh... but he'd pulled my attention from the first time i met him (ko biar banar umandak).. Terus saya lupa boyfriend saya si Brad Pitt, lupa idola saya si Keanu Reeves... haiya.... Bye bye terus dengan dua boy saya itu (perasan gila ni perempuan!). Ini cerita pasal posting ka pasal ADY??? hahaha... takda posting, takda ADY la bro.... Kenapalah saya asyik bercerita pasal ini orang nama ADY?? Haiya, concentrate please.. oke, sambung balik cerita tadi...

Tepat pada 07.15 pagi, saya sudah berada di meja saya sendiri di bilik guru.. Wah!! Saya guru paling muda!! Yes!! Saya ja orang SABAH??? Hahaha... Selepas itu saya masih agak bingung time pi melapor diri di bilik guru besar @ GB.. Saya punya pandangan tentang sekolah agak meleset sebab saya sangka saya dapat sekolah yang serba kekurangan, tapi semua ada kecuali jalan masih grabel @ batu kelikir.. hadoi, punah harapan mau beli kereta sendiri, mesti rosak punya.. Lepas itu baru saya tahu di sekolah ni ada 1,2,3,4,5 orang sahaja guru perempuan di sekolah ini termasuklah yang mengajar pra-sekolah.. dan sekolah ini majoriti adalah non-muslim.. Oleh kerana itu, punahlah harapan saya untuk melepak di kantin sekolah.. Tapi tidak apa, sebab sekolah saya memang tiada kantin.. hahahaha....

Tugas saya di sekolah bermula sebagai guru mata pelajaran @ MP dan juga guru kelas... 1 ja MP yang ada kaitan dengan major saya di IP, Sivik... yang lain.... boleh-boleh saya jadi guru BM dengan guru Moral?? ish ish ish... Lepas itu jadi guru kelas tahun 4... tidak apa, ini satu cabaran!! (adoi, semangat ka ini?)... Tugas saya bertambah selepas mesyuarat staf yang diadakan di makmal komputer sekolah.. Time mesyuarat tu saya telah dilantik menjadi...
1) Guru Perpustakaan
2) Guru Penasihat Kelab Sains dan Matematik
3) Guru Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
4) Guru Kelas Tahun 4 (secara rasmi)
5) Guru SPBT
6) Guru Bantuan (untuk RMT, SBT and KUAM)
Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini.....

Nak dijadikan cerita, time-time ni lah saya mula bergaul mesra dengan staf dan guru Sk Sungai Manong Niah.... Wah!!! Penampilan pertama nama sekolah saya dalam ini blog!! Syabas!!!! Time ini lah saya kenal mengenal dengan semua orang dan juga murid-murid yang bakal bersama-sama dengan saya menghadapi hari-hari persekolahan di sini... uhuhuu... Kenapa macam sedih ja bunyi saya tulis ni... Dan di sinilah bermulanya kisah dua hamba yang telah jatuh Chenta... hohohohohohohoho.......... Siapa dia????? My beloved dearly so dearly ADY.... wah!!!! Penampilan istimewa my chenta hati di dalam blog ini!!! PENGUMUMAN... KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN DAN SAUDARA MARA, YA!! SAYA SUDAH ADA BOYFRIEND! KAMU TIDAK BANGGAKAH???? hahahahahaha.... when is the sacred aniversarry?? Malu lah...ehehehe... Just say it daa.. oke oke, its on 20th January 2010... hoho...he propose me (with a little bit of spice here and there,hehe).. Perhatian, dia tidak propose me to be his GIRL, but to be his WIFE.. Isn't that sungguh mengujakan... wah!! Diri terus menjadi sangat bahagia dan hati penuh bunga-bunga chenta... Mesti orang tertanya-tanya kenapa saya dapat teman istimewa cepat sangat padahal belum sampai sebulan saya berada di SK Sungai Manong Niah (iiiiiiittttttuuu diaaaaa, penampilan kedua nama sekolah)... Hmm... Pada pendapat saya, apa yang saya buat memang orang jarang buat, adapun, kadang-kadang... Tapikan, saya rasa, kita takkan jumpa orang yang boleh buat kita terjatuh chenta dengan sekelip mata setiap hari, betul?? Saya pun bukan mudah terpaut hati dengan orang yang baru saya jumpa.. Jadi, saya rasa... I should take this chance and grab this opportunity.. It's like a once in a blue moon.. once you've missed it, it will passed and never came back.... hahahaha... but yes I love him very much indeed..

So... Bermulalah satu lagi episod kehidupan saya di negeri Sarawak, di daerah Miri, di daerah kecil Subis, di Zon Niah, di SK Sungai Manong.... TAMAT... sila baca entry yang akan saya updatekan selepas ini.. PERHATIAN :: TIADA PAKSAAN UNTUK MENGIKUTI PERKEMBANGAN BLOG INI DAN ANDA TIDAK DIGALAKKAN MENINGGALKAN SEBARANG KOMEN YANG BOLEH MEMBUATKAN SAYA MEMAKI HAMUN SESIAPA SEBAB BLOG INI ADALAH HAK MILIK PERIBADI YANG TIDAK MEMAKI HAMUN SESIAPA KECUALI YANG MENYAKITKAN HATI SAYA>>HAHAHAHA<<

Thursday, November 5, 2009

setelah exam...

melihat kepada tajuk entry di atas, mungkinkah anda akan menyangka bahawa entry ini akan menuliskan program-program yang akan dilaksanakan selepas exam??? tidak tidak tidak...anda mungkin salah.. sebab entry ini hanya akan menyentuh hal-hal yang telah dilakukan daripada habis exam hinggalah pada hari ini 05 november 2009.. hohoho.. evil laughter is what i'm talking about...
.
.
sejurus selepas exam, cik inuth, yana and marina telah bersemuka dengan coach untuk meminjam LCD. bukan apa... kotorang cadang nak buat panggung kat bilik... ahahahahahaha....lepas tu, kitorang geng PISMk-OUM telah menjalankan diri beramai-ramai kuar dari IP untuk menjalankan sesi makan bakso di padang bandaran..ada juga la yang lain pergi KFC.. so untuk HEP, minta maaflah banyak-banyak sebab kitorang tak minta kebenaran nak pergi outing... ehehehe... kebetulan pula ari tu hujan renyai-renyai jadi tak dapatlah kitorang nak merayau lama-lama kat pekan..chesnut betul la..
.
.
.
balik jer dari makan bakso, geng girls trus menjalankan sesi menonton wayang on the big screen... wooo...best ooo... kepada adik-adik junior yang sedang bergelut membaca nota apa segala malam tu, kesianlah kat korang sebab kitorang dah tak hirau kitorang bising ka tidak bising ka.. yang penting lepas stress... sapa suh korang bising-bising waktu kitorang study??? hohoho...
.
.
pada keesokan harinya, saya and rumet pergi ke AVON membeli belah order yang dipesan oleh pengorder setia rumet saya.. hehehe..lepas tu jalan-jalan kejap and rumet saya hantar pi stesen bas Kampung Rancangan Pamalan, sebab saya nak balik ke rumah terchenta...
.
.
esoknya, saya, rumet and ka shima telah bertandang ke rumah cik santi di Kampung Merampong untuk menghangatkan suasana di rumahnya.. hehe.. sebenarnya berkuat mo pi mandi sungai pegalan ja pun...hohoho...
.
.
di rumah santi
.
.
saya sampai ja di rumah si santi, dorang tengah best-best berkaraoke.. saya pula terus masuk dapur minta kena kasi makan.. anak siapalah ni masuk rumah orang minta nasi terus... ish ish ish... nasib baik si santi tia halau sia oo (slang dusun sudah bermula di sini ok, sila memahamkan diri anda membacanya).. lepas tu kami pun tunggu dorang si yati sama shima sampai, terpaksa la kami tunggi dorang depan pagar abis dorang tia tau ni rumah si santi.. ehehehe... bila dorang suda sampai, kami pun masak-masak untuk makan tengahari dan untuk di bawa ke sungai pegalan (mama santi yang masak, kami tolong potong bawang ja..ahahaha)..
.
.
di sungai pegalan
.
.
kami sampai ja di sungai, terus kami pi naik jambatan gantung yang terentang panjang atas sungai..siap ambil gambar lagi, tapi tia boleh la upload di blog sebab semua gambar cencored..wahahaha..dan kami pun memandikan diri bersuka ria di sungai sambil bermain air sesama sendiri..santi and yati suka main hanyut-hanyut..nasib baik tia hanyut betul-betul oo..kami pun teringat kata-kata yang diucapkan oleh en. jais siarus, mantan lecturer pj kami waktu Pra-PISMP..dia cakap waktu tu kami sedang buat PL di Tambunan "kalau hanyut pun sampai juga di pegalan itu" hahaha...sir sir...anak orang tau bukan anak ikan..hanyut hanyut pun nanti tiada nyawa mo jawab apa?? hohoho... sedang asyik bermandi manda, tiba-tiba hujan renyai turun..air pun makin sejuk, ka shima menggiggil gigil sudah... jadi kami pun naik pi tempat kena pasang kem...nasib baik ada bawa tikar and kem, kalau tiada, berhujan la kami.. tapi kami tetap kena hujan juga la... naik ja dari air lepas tu bantai makan semua yang kena bawa...apa yang kena bawa?? adalah rambutan sikit, manggis sikit, mangga udang sikit, DURIAN sikit, mee goreng and sosej goreng...ahahaha... kenyang ooo... walaupun hujan, kami berharap juga, menunggu juga di bawah kem, harap-harap daa hujan berhenti..mo pi mandi sungai balik..tapi makin lebat pula dia punya hujan...angin bertipu lagi..semua orang kesejukan ni..jadi bapa santi, pakcik firdus menyalakan unggun api untuk memanaskan badan.. apa lagi, kami macam orang primitif yang baru jumpa api, gembira gila gila..hahahaha..lawak ne..kami ambil keputusan untuk balik rumah santi bila unggun api kami sudah habis kayu..hohoho..
.
.
malamnya kami tia buat apa-apa juga, just tengok sehati berdansa sambil mngutuk mana-mana yang patut..wakaka...lepas tu yati sudah tia tahan mengantuk and gone to bed early..saya, santi and ka shima melayan tv, sebab ngam-ngam ari tu hari halloween, jadi bayak b\movie antu di tv..apa lagi, kami pun layan la sampai jam 4 pagi.. paling tahan ka shima la... salute oo...tabik spring..
.
.
esoknya...kami hentam makan durian sampai tia sanggup makan lagi..ka shima masak kuih tarap, lepas tu goreng goreng keropok..buat mangga and cecah dia..makan depan tv..sangat bahagia dirasa...hahaha...saya pulang rumah, yang lain pulang asrama..wa...melanggar peraturan secara live di kaca mata HEP...hohoho
.
.
anda mungkin berasa bosan membaca entry ini..tapi syarat dan terma blog ini tidak memaksa dan tidak mewajibkan sesiapa untuk membaca mana-mana entry dalam blog ini sehingga habis..hohoho
.
.
esoknya saya, rumet, santi and anim pi membeli belah untuk malam gala kelas PISMK-OUM di hotel JUTA..saya pun membeli baju dan selendang, santi pun membeli baju..ooooo...duitku melayang dan terbang...huhuhu...nasib baik untuk kelas...lau untuk IP..sorry to say la...hohoho..mana bajunya?? tunggu la malam gala nanti...biarpun simple, tapi saya tetap suka..sapa mo marah saya pakai, saya minta bayar balik sama dengan tu harga baju..hohoho...
.
.
di rumah saya
.
.
saya di rumah cuti sakan sampai hari ni...hehe..apa lagi kalau sudah namanya di rumah sendiri...tidur makan tengok tv ja la jawabnya...dating dating sama bapa, sama mama, sama kucing kucing, sama boyfriend...opps............hahahaha...tiadalah, jangan pula kamu tertipu..hahaha...hari hari dating sama kuarga ni memang best ooo.. orang yang tia pulang pi rumah memang jeles gila...pas tu budak budak junior yang sedang exam kalau tau memang saya kena serang la...ahahahaha...sangat bahagia berada di rumah sendiri...
...
...
pas tu ari ni masa ni detik ni, saya pun mengupdatekan blog yang saya tinggalkan sejak akhir0akhir ni...huhu...so korang yang sudi baca entry karut mengarut ni, terima kasih la..saya tabik spring dengan korang...ehehe..
.
.
hingga bertemu lagi di lain entry..salam
.
.