Satu kajian telah dilakukan oleh seorang pensyarah UiTM tentang tabiat seksual kalangan pelajar berumur 18-25 tahun dari 4 buah universiti awam dan swasta. Keputusannya menunjukkan bahawa 50% daripada pelajar universiti di Malaysia adalah aktif dari segi seksual. Perkara itu tidak menghairankan apabila ada antara pelajar-pelajar ini tinggal serumah bersama pasangan. Itu dari kalangan pelajar.
Bagi golongan yang sudah bekerja pula perkara itu sudah seakan lumrah. Bagi mereka, selain menjimatkan kos sewa mereka juga dapat mengenali pasangan dengan lebih dekat lagi. Namun apa yang paling penting, dapat menjalinkan hubungan seks bersama!
Lebih mengejutkan apabila satu kajian mengenai moral remaja perempuan oleh seorang ahli akademik tempatan menghasilkan keputusan yang mengejutkan apabila 886 daripada 887 pelajar perempuan dalam kategori “berisiko tinggi” yang menuntut di sekolah menengah di sebuah negeri, mengaku pernah melakukan hubungan seks. Namun adakah itu semua itu bukti cinta atau memang suka?
sumber: maskulin
::can't u see me? i am looking at u::
3 years ago
No comments:
Post a Comment