Sunday, April 11, 2010

Convocation Day ~ .~

Salam...
*
*
*
Kat bawah ni ialah gambar-gambar yang saya ambil semasa hari Convocation saya pada 18 Mac 2010 yang lalu... Alhamdulillah, saya telah tersenarai dalam Penerima Anugerah Buku Universiti kerana telah lulus dengan cemerlang dalam pengajian saya ini... Syukur kepada tuhan kerana dengan berkat dan kasihNya, saya dan keluarga dapat menghadiri majlis ini dengan selamat dan lancar.. Terima kasih juga saya ucapkan kepada keluarga makcik saya, Marina dan suaminya Hairi kerana telah menjadi tour guide kami sekeluarga selama berada di KL... Tidak dilupakan kepada chenta hati saya yang merindui saya selama saya berjauhan dengannya (apa kaitan??)...
*
*
*
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar yang berguna sepanjang pengajian saya di IPGM Kampus Keningau, Sabah... Juga kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK OUM yang banyak mengharungi suka dan duka selama 5 1/2 tahun berada di kampus.. sesungguhnya pengalaman manis dan pahit yang kita lalui bersama menguatkan lagi tali silaturrahim antara kita dan menjadikan kita satu keluarga yang bersatu... I lOVE U ALL PISMK OUM...
*
*
*
Sebenarnya gambar yang saya upload ni tak lah banyak sangat sebab gambar yang banyak dan cantik-cantik dibawa ke rumah terchenta di Keningau, Sabah.. hehe
*
*
*

Gambar ni diambil oleh bapa tersayang semasa semua graduan memasuki Dewan Merdeka PWTC mengikut susunan penerimaan ijazah..
*
*
*

Sekeping Ijazah sarjana yang bertungkus lumus saya belajar selama 5 1/2 tahun untuk mendapatkan... Hati rasa sungguh lega setelah ijazah berada di tangan sendiri, masa 5 1/2 tahun tu macam rasa berlalu begitu saja.. Kepuasan memang tak dapat nak digambarkan... HOHOHO..
*
*
*

Bersama kedua ibu dan bapa terchenta di luar bangunan PWTC.. Ada hamba Allah yang baik hati offer nak ambil gambar kitorang, hehe...
Bersama...
*
*
*
Dah, tu ja gambar yang saya nak bagi tengok... Nanti kalau saya rajin, saya upload lagi gambar-gambar konvo yang lain, tapi tu kena tunggu bulan 6 la, sebab saya balik bercuti selama 3 minggu membawa chenta hati saya berjumpa dengan keluarga... hehehehe
*
*
*
Daaa....................

1 comment:

  1. mantop...............rindu nak dengar suara kau nyanyi mas....wakakak

    ReplyDelete